INISIATIF ZAKAT PRIHATIN MAINS 2026 | ZAKAT ANDA, MANFAAT UNTUK SEMUA
Daripada pendidikan anak-anak hingga kebajikan mereka yang diuji dengan masalah kesihatan, zakat yang anda tunaikan terus diterjemahkan kepada pelbagai bentuk bantuan demi kesejahteraan masyarakat.
MAINS menerusi Inisiatif Zakat Prihatin 2026 membuka peluang permohonan bagi lima kategori bantuan yang memberi manfaat secara langsung kepada golongan yang memerlukan.
📌 LIMA INISIATIF BANTUAN YANG DITAWARKAN
🎒 1. Bantuan Awal Persekolahan Tahun Satu (Sesi 2027) 💰 RM100
📚 2. Bantuan Awal Persekolahan Tingkatan Satu (Sesi 2027) 💰 RM100
🎓 3. Bantuan Am Pelajaran IPT Dalam Negara 💰 RM500
🎓 4. Bantuan Am Pelajaran IPT Luar Negara 💰 RM500
🏥 5. Bantuan Perubatan Pesakit Kronik & Kritikal 💰 RM500
📅 TEMPOH PERMOHONAN 1 hingga 23 November 2026
🌐 PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN https://eprihatinzakat.mains.gov.my
⚠️ PERHATIAN: Laman permohonan hanya akan dibuka bermula 1 November 2026. Pemohon disarankan untuk meneliti syarat kelayakan serta menyediakan dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam poster bagi setiap kategori bantuan.
Setiap ringgit zakat yang ditunaikan membawa harapan. Ada yang dapat meneruskan pengajian, ada yang terbantu menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak, dan ada yang memperoleh sedikit kelegaan dalam menghadapi ujian kesihatan.
Terima kasih kepada seluruh pembayar zakat yang terus memberikan kepercayaan kepada MAINS.
'ZAKAT YANG ANDA TUNAIKAN, KAMI AGIHKAN'
No comments:
Post a Comment