KULIAH MAGHRIB
MASJID KARIAH TELOK KEMANG
KITAB : - MANHAJ FIQH AL-SYAFFI
Kitab Maklumat Ringkas Kitab
- Penulis Asal: Dr. Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugha, dan Ali Asy-Syarbaji.
- Penterjemah: Dr. Zulkifli Al-Bakri dan rakan-rakan.
- Penerbit Rasmi: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
- Jumlah Jilid: 5 jilid.
- Dalil Sahih: Menggabungkan hukum fiqh dengan dalil naqli (Al-Quran dan Sunnah) serta aqli (logik yang selari).
- Gaya Bahasa: Penjelasan yang ringkas, tersusun, padat dan mudah difahami oleh masyarakat umum.
- Kandungan: Membahaskan sejarah pensyariatan, hikmah di disebalik hukum, serta sifat ibadah Rasulullah SAW
SILA SHARE AGAR RAMAI AMBIL MANFAAT.. INSYAALLAH
Daripada Abi Mas’ud al-Ansari RA, bahawa Nabi SAW brsabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yg menunjukkn sesuatu kbaikan maka dia mndapat pahala sama seperti yg melakukannya."[Riwayat Muslim]
*******************************************************************
RABU, 04 NOVEMBER 2026, (24 JAMADIL AWAL 1448H)
KULIAH MAGHRIB, MASJID KARIAH TELOK KEMANG
USTAZ MUHAMMAD NAWIR FARHAN BIN MAHDZIR
KITAB : - MANHAJ FIQH AL-SYAFFI
- Keluar sesuatu daripada salah satu saluran qubul dan dubur – Sama ada benda cair, kering, najis, darah, nanah, ataupun angin (kentut), kecuali keluar mani (yang mewajibkan mandi junub).
- Tidur yang tidak tetap – Iaitu tidur dalam keadaan punggung tidak rapat atau berlapik kukuh pada tempat duduk/lantai sehingga berisiko terlepasnya hadas tanpa disedari. Jika tidur dalam keadaan duduk yang "tamakkun" (punggung tertaup rapat dengan lantai), ia tidak membatalkan wuduk.
- Hilang akal – Disebabkan oleh mabuk, pitam, pengsan, sakit, atau gila.
- Bersentuhan kulit lelaki dan perempuan ajnabi (bukan mahram) – Berlaku secara langsung tanpa sebarang lapik, dan ia membatalkan wuduk kedua-duanya (sama ada dengan sengaja atau tidak). Kecuali sentuh gigi, rambut, kuku .
- Menyentuh kemaluan manusia – Sama ada kemaluan sendiri atau orang lain, sama ada qubul atau dubur, menggunakan tapak tangan atau perut-perut jari tanpa berlapik.
TERLAYANG & TERTIDUR ( Wasap Group Masjid Kariah Telok Kemang
https://chat.whatsapp.com/EqnnlAE11zV5e0fR375JcR?s=cl&p=a&mlu=4&ilr=4&iam=2 )
Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Para sahabat Rasulullah SAW sedang menunggu untuk solat Isyak sehingga lentok kepala mereka, kemudian mereka bangun untuk menunaikan solat dan tidak berwuduk kembali.
Abu Daud Sulaiman bin al-Asyʻath. (t.t.) Sunan Abi Daud. ed. Muhammad Muhy al-Din ‘Abd al-Hamid. no. hadis 200. 1: 51.
Riwayat Abu Daud
Imam al-Tirmizi ketika memberikan komentar terhadap hadis ini beliau menyebutkan bahawa Imam al-Syafie berkata sesiapa yang tidur dalam keadaan duduk sehingga bermimpi atau berubah kedudukan punggungnya kerana terlelap maka dia hendaklah mengambil wuduknya kembali
Muhammad bin ‘Isa bin Saurah. (1975). Sunan al-Tirmizi. ed. Ahmad Syakir. Mesir: Matbaʻah Mustafa al-Babi al-Halabi. 1: 113.
Link Rujukan : https://share.google/VaX4TCMPZ3E3feEaq
*******************************************************************
RABU, 07 OKTOBER 2026, (25 RABI'ULAKHIR 1448H)
KULIAH MAGHRIB, MASJID KARIAH TELOK KEMANG
AF USTAZ MUHAMMAD NAWIR FARHAN BIN MAHDZIR
KITAB : - MANHAJ FIQH AL-SYAFFI
- Islam: Beragama Islam.
- Mumayyiz: Kanak-kanak yang sudah boleh membezakan baik dan buruk (umur sekitar 7-9 tahun).
- Tahu baik dan buruk
- Air Mutlak: Menggunakan air yang suci dan menyucikan (air hujan, sungai, telaga, dll.).
- Tiada Penghalang: Tiada bahan di kulit yang menghalang air sampai ke kulit (seperti cat,, tatu, atau pernis tebal).
- Bersih: Tiada najis 'ain pada anggota wudhu,
- Bebas daripada haid atau nifas (bagi wanita).
- Tentang sabun
- Masuk Waktu: (Khusus bagi daimul hadas atau orang berhadas berterusan seperti terkencing-kencing).
- Tahu Fardhu/Rukun: Mengetahui mana yang wajib dan sunat (tidak meyakini rukun sebagai sunat)
- Hilangkan najis di badan terlebih dahulu
- Tidak ada niat sampingan selain daripada wuduk
*******************************************************************
ISNIN, 14 SEPTEMBER 2026
(02 RABIULAKHIR 1448H)
KULIAH MAGHRIB
MASJID KARIAH TELOK KEMANG
USTAZ MUHAMMAD NAWIR FARHAN BIN MAHDZIR
KITAB : - MANHAJ FIQH AL-SYAFFI
Niat
Wudhu
*******************************************************************
RABU, 05 OGOS 2026, (21 SAFAR 1448H)
KULIAH MAGHRIB
KITAB : - MANHAJ FIQH AL-SYAFFI
Bab Istinja
- Air Mutlak: Cara paling utama dan sempurna ialah menggunakan air mutlak untuk membasuh tempat keluar najis sehingga hilang rupa, warna, dan bau.
- Benda Kesat: Boleh menggunakan benda kesat yang kering dan suci seperti tisu, batu, atau daun kering sekiranya tiada air. Syaratnya, ia sekurang-kurangnya disapu tiga kali sehingga bersih.
- Gabungan Kedua-duanya: Cara paling afdal adalah membersihkan najis menggunakan benda kesat terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan basuhan air mutlak.
- Mesti suci dan bukan benda najis.
- Berbentuk padat (bukan cecair).
- Boleh menyerap atau mengangkat najis (tidak licin seperti kaca).
- Bukan bahan yang dihormati seperti makanan atau tulang.
- Masuk: Melangkah masuk dengan kaki kiri dan membaca doa masuk tandas.
- Semasa: Dilarang bercakap-cakap, makan, atau minum.
- Keluar: Keluar dengan melangkah kaki kanan dan membaca doa keluar tandas
RABU, 06 APRIL 2026, (18 ZULKAEDAH 1447H), KULIAH MAGHRIB
USTAZ MUHAMMAD NAWIR FARHAN BIN MAHDZIR
KITAB : - MANHAJ FIQH AL-SYAFFI
Definisi Hadas Kecil dan Hadas Besar
Tentang Air/Air Mutlak /Air Musytamal/Air Mutanajis/Bejana /
- Maksud: Keadaan tidak suci pada diri yang membatalkan wuduk.
- Punca:
- Keluar sesuatu dari jalan hadapan atau belakang (qubul dan dubur).
- Keluar angin (kentut).
- Hilang akal kerana tidur, pengsan, atau mabuk.
- Bersentuhan kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa lapik.
- Menyentuh kemaluan atau lubang dubur dengan tapak tangan.
- Cara Bersuci: Mengambil wuduk atau bertayamum jika tiada air.
- Maksud: Keadaan kotor maknawi pada seluruh badan yang menghalang seseorang daripada melakukan ibadah tertentu.
- Punca:
- Keluar air mani.
- Persetubuhan (jimak).
- Haid (darah datang bulan bagi wanita).
- Nifas (darah selepas bersalin).
- Wiladah (melahirkan anak) dan maut (selain syahid).
- Cara Bersuci: Melakukan mandi wajib (mandi junub) meratakan air ke seluruh badan, atau bertayamum jika uzur. ( Lanjutan tentang air dan pembahagiannya )
****************************************************************


No comments:
Post a Comment