Friday, November 20, 2026

Tergesa-gesa atau berlari walaupun iqamah telah dilaungkan.

Berlari-lari menuju tempat solat atau masjid adalah makruh. Rasulullah SAW melarang umatnya tergesa-gesa atau berlari walaupun iqamah telah dilaungkan.

Hadis Berkaitan
  • Riwayat al-Bukhari (no. 636): Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jika kamu mendengar iqamah, maka bersegeralah untuk menunaikan solat, dan hendaklah kamu pergi menunaikan solat dalam keadaan yang tenang (sakinah), dan janganlah tergesa-gesa. Apa yang kamu sempat dengan imam, maka tunaikanlah solat tersebut bersama imam, apa yang kamu tidak sempat dengan imam, maka sempurnakanlah."
  • Riwayat al-Bukhari (no. 908): Nabi Muhammad SAW melarang datang solat dengan berlari dan memerintahkan supaya berjalan dengan tenang. [1, 2]
Hikmah Larangan
  • Menjaga kekhusyukan: Berlari menghilangkan ketenangan fikiran dan emosi sebelum solat.
  • Mengelakkan keletihan: Badan yang penat atau tercungap-cungap boleh mengganggu fokus dan semangat ketika solat.
  • Adab beribadah: Menuju ke masjid dengan sopan dan tenang adalah adab yang dituntut walaupun bimbang terlepas rakaat atau takbiratul ihram.

Subuh berjemaah seolah-olah solat sepanjang malam

 Pahala seperti solat sepanjang malam: 

Daripada 'Uthman bin 'Affan RA, Rasulullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang menunaikan solat Isyak berjemaah seolah-olah solat separuh malam, dan sesiapa yang menunaikan Subuh berjemaah seolah-olah solat sepanjang malam (Riwayat Muslim).

Thursday, November 12, 2026

AKU MULA TERFIKIR.............

 AKU MULA TERFIKIR...

Bukan kematian yang menakutkan...
Rupa-rupanya,
hidup terlalu lama juga boleh menakutkan.

Dulu...
kita fikir perkara yang paling berat
adalah mencari rezeki dan mengumpul wang.

Sekarang...
aku mula sedar,
yang lebih berat sebenarnya ialah
menjadi tua, sedikit demi sedikit.
Lutut mula sakit.
Pinggang mula sengal.
Mata semakin kabur.
Telinga mula berdengung.
Tidur semakin tidak lena.
Ubat pula semakin bertambah.
Dan yang agak menakutkan...
Hampir semua itu
bukan semakin baik,
tetapi perlahan-lahan
semakin bertambah.
Ironinya...

Semua itu datang
ketika pendapatan bulanan kita pula semakin berkurang.

Lalu aku mula bertanya...
Kalau suatu hari nanti
aku terjatuh di bilik air,
siapa yang akan menolong?
Kalau aku sakit
selama seminggu,
siapa yang akan menemani?
Anak-anak?
Belum tentu.

Mereka juga ada pekerjaan.
Ada pasangan.
Ada anak-anak.
Ada kehidupan sendiri
yang perlu mereka uruskan.
Kalau pasangan
masih ada di sisi,
kita masih boleh
saling menjaga.

Tetapi...
Kalau pasangan
sudah pergi terlebih dahulu...
Rumah yang selama ini kita diami
tiba-tiba terasa begitu asing.
Meja makan masih ada.
Kerusinya masih ada.
Tetapi...
Orang yang biasanya duduk di situ
sudah tiada.

Aku pernah melihat
seorang lelaki tua
duduk sendirian di sebuah warung.
Makanannya sudah habis.
Kopinya juga tinggal sedikit.

Tetapi...
Dia masih belum mahu pulang.
Pandangannya kosong.
Seolah-olah yang sedang ditunggunya
bukan lagi makanan...

seseorang
yang datang menghampirinya
lalu berkata,
“Apa khabar?”
Atau sekadar...
“Jom... kita balik.”
Saat itu aku mula mengerti...
Mengapa ramai orang tua
bukan sekadar takut akan kematian.

Mereka sebenarnya takut
menjalani hari-hari
seorang diri.

Kalau hari ini
kita masih muda dan masih kuat,
jangan hanya menyediakan wang
untuk hari persaraan.
Persiapkan juga kehidupan untuk hari tua.

Jagalah kesihatan.
Hargailah pasangan.
Peliharalah persahabatan.
Eratkan hubungan dengan anak-anak.
Jangan putuskan silaturahim dengan keluarga dan sahabat.

Kerana akhirnya...
Yang paling menakutkan
bukanlah apabila kita
tidak mempunyai wang.

Tetapi apabila kita
tidak mempunyai sesiapa
yang benar-benar mengambil berat,
ketika kita sudah tidak berdaya lagi.

Semoga menjadi renungan buat kita semua.
Selagi masih ada waktu,
hargailah mereka yang ada di sisi.
Kerana masa tua bukan sekadar memerlukan wang,
tetapi juga kasih sayang, teman dan seseorang yang peduli.

Thursday, November 5, 2026

Selamat Datang Awal Hari Jumaat

 

SUNAT DATANG AWAL KE SOLAT JUMAAT

Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang 
๐Ÿ“ŒMANDI PADA HARI JUMAAT (seperti) mandi janabah lalu 
๐Ÿ“ŒSEGERA PERGI KE MASJID, 
✨maka seakan-akan berkorban dengan unta, 

✅sesiapa yang pergi pada masa yang ke 2, 
✨maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu, 

✅dan sesiapa pergi pada masa yang ke 3, 
✨maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk, 

✅dan sesiapa yang pergi pada masa yang ke 4  
✨seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam, 

✅dan sesiapa yang pergi pada masa ke 5, 
✨maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur 

๐Ÿ“Œdan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah)”. 
[Riwayat al-Bukhari (881) dan Muslim (850)]

Rujukan : https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/836-irsyad-al-hadith-siri-ke-193-sunat-datang-awal-ke-solat-jumaat

Tergesa-gesa atau berlari walaupun iqamah telah dilaungkan.

Berlari-lari menuju tempat solat atau masjid adalah makruh. Rasulullah SAW melarang umatnya tergesa-gesa atau berlari walaupun iqamah telah ...