Saturday, October 31, 2026

INISIATIF ZAKAT PRIHATIN MAINS 2026

INISIATIF ZAKAT PRIHATIN MAINS 2026 | ZAKAT ANDA, MANFAAT UNTUK SEMUA


Daripada pendidikan anak-anak hingga kebajikan mereka yang diuji dengan masalah kesihatan, zakat yang anda tunaikan terus diterjemahkan kepada pelbagai bentuk bantuan demi kesejahteraan masyarakat.
MAINS menerusi Inisiatif Zakat Prihatin 2026 membuka peluang permohonan bagi lima kategori bantuan yang memberi manfaat secara langsung kepada golongan yang memerlukan.


๐Ÿ“Œ LIMA INISIATIF BANTUAN YANG DITAWARKAN
๐ŸŽ’ 1. Bantuan Awal Persekolahan Tahun Satu (Sesi 2027) ๐Ÿ’ฐ RM100
๐Ÿ“š 2. Bantuan Awal Persekolahan Tingkatan Satu (Sesi 2027) ๐Ÿ’ฐ RM100
๐ŸŽ“ 3. Bantuan Am Pelajaran IPT Dalam Negara ๐Ÿ’ฐ RM500
๐ŸŽ“ 4. Bantuan Am Pelajaran IPT Luar Negara ๐Ÿ’ฐ RM500
๐Ÿฅ 5. Bantuan Perubatan Pesakit Kronik & Kritikal ๐Ÿ’ฐ RM500 


๐Ÿ“… TEMPOH PERMOHONAN 1 hingga 23 November 2026
๐ŸŒ PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN https://eprihatinzakat.mains.gov.my


⚠️ PERHATIAN: Laman permohonan hanya akan dibuka bermula 1 November 2026. Pemohon disarankan untuk meneliti syarat kelayakan serta menyediakan dokumen yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam poster bagi setiap kategori bantuan.


Setiap ringgit zakat yang ditunaikan membawa harapan. Ada yang dapat meneruskan pengajian, ada yang terbantu menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak, dan ada yang memperoleh sedikit kelegaan dalam menghadapi ujian kesihatan.


Terima kasih kepada seluruh pembayar zakat yang terus memberikan kepercayaan kepada MAINS.
'ZAKAT YANG ANDA TUNAIKAN, KAMI AGIHKAN'

Saturday, October 24, 2026

WAKTU MUSTAJAB DOA PADA HARI JUMAAT

 WAKTU MUSTAJAB DOA PADA HARI JUMAAT

Daripada Jabir bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 Maksudnya: “Hari Jumaat mempunyai 12 jam, padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada seorang hamba yang meminta sesuatu kepada Allah SWT melainkan Allah SWT akan memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu SELEPAS ASAR ”. 

[Riwayat al-Nasa’ie, (1389)] [Hadith ini dinilai sahih oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Nataij al-Afkar, 2/436]

RUJUKAN : https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1456-irsyad-al-hadith-siri-ke-126-waktu-mustajab-pada-hari-jumaat 

Sunday, October 11, 2026

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN JPKK /NS 2026

 


 TAHNIAH ATAS PELANTIKAN JPKK

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Pengerusi dan Setiausaha JPKK yang telah dilantik.

Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, integriti dan dedikasi demi kesejahteraan serta kemajuan komuniti setempat.

Selamat menjalankan tugas dan amanah. 

 

 *********************************************************************************

 

 

 

Friday, October 2, 2026

Tunggggguuuuuuu....

 

 

๐Ÿ“ŒProf. Madya Dr. Syaikh Attia Mustafa Muhammad Hussein Al- Azhari Al-Ja’fari
&
๐Ÿ“ŒTuan Guru Syeikh Dr. Shuhadak Mahmud Al-Ja'fari

Bicara -----Pada 10 Oktober 2026

 

 


 jom datang masjid 10 OKTOBER 2026 nanti ‼️ 

Tergesa-gesa atau berlari walaupun iqamah telah dilaungkan.

Berlari-lari menuju tempat solat atau masjid adalah makruh. Rasulullah SAW melarang umatnya tergesa-gesa atau berlari walaupun iqamah telah ...