****************************************************************
AHAD 15 NOVEMBER 2026, (05 JAMADIL AKHIR 1448H)
KULIAH MAGHRIB, MASJID KARIAH TELOK KEMANG
USTAZ NOR IRWAN ZULKAFLI
KITAB: MENYELUSURI SURAH AL-MULK (FORMAT 8T)
Kuliah Maghrib
15 Nov 2026
Ustaz Not Irwan
Masjid Kariah Telok Kemang
➖➖➖✨➖➖➖
TAUBAT BERULANG-ULANG KALI
Bertaubat daripada dosa hukumnya adalah wajib. Allah SWT berfirman:
وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah al-Nur: 31)
Ibn Kathir berkata: Yakni, lakukanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu daripada sifat-sifat yang indah dan akhlak-akhlak yang mulia. Tinggalkanlah kebiasaan kaum Jahiliyyah yang memiliki akhlak dan sifat yang tercela, kerana kejayaan hanya dapat dicapai dengan mengerjakan apa yang telah diperintahkan Allah dan Rasul-Nya serta meninggalkan apa yang telah dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 10/225)

No comments:
Post a Comment