Selasa - USTAZ AHMAD KHUSAINI

 

 


SELASA, 29 SEPTEMBER 2026, (17 RABI' ULAKHIR 1448H)
KULIAH MAGHRIB KHAS, MASJID KARIAH TELOK KEMANG 
USTAZ AHMAD KHUSAINI 

 Dosa-Dosa Besar 

Difinisi Dosa Besar dan Kecil - Maksud Fasik.

Fasik bermaksud orang yang melanggar perintah Allah S.W.T. atau keluar daripada garis panduan agama Islam. Fasik kecil dan fasik besar.
Definisi dan Ciri-Ciri
  • Bahasa: Berasal daripada perkataan Arab fasaqa yang bermaksud keluar atau menyimpang daripada jalan yang benar.
  • Istilah Agama: Orang yang mengaku beriman tetapi melakukan dosa besar atau terus-menerus melakukan dosa kecil tanpa rasa bersalah.
  • Contoh Perbuatan: Meninggalkan suruhan wajib secara sengaja, melakukan maksiat seperti minum arak, atau menyebarkan berita palsu tanpa usul periksa (tabayyun

 

Taubat Nasuha

Taubatan nasuha adalah taubat yang tulus dan bersungguh-sungguh kepada Allah SWT untuk kembali ke jalan yang benar. 
Maksud dan Syarat
  • Maksud / Berhenti: Taubat yang murni tanpa niat mengulangi dosa lagi. Berhenti segera daripada melakukan dosa tersebut
  • Menyesal: Menyesali perbuatan salah yang lalu.
  • Bertekad: Berazam kuat tidak mengulangi maksiat itu. 
  • JIka melibatkan manusia kena  pulangkan, ganti balik, bayar hutang atau sebagainya.  
Cara Melakukan
  • Solat Sunat Taubat: Solat dua rakaat pada bila-bila masa (afdal pada waktu malam).
  • Beristighfar: Memperbanyakkan bacaan Zikir Taubat Nasuha seperti Astaghfirullah Rabbal Baroya.
  • Berdoa: Memohon keampunan dan taufik daripada Allah SWT.

 

Surah Al-Baqarah Ayat 188 & An-Nisa' Ayat 29
  • Teks dan Terjemahan: Untuk rujukan teks Arab dan terjemahan lengkap Surah Al-Baqarah ayat 188 serta Surah An-Nisa' ayat 29, anda boleh menyemak dokumen yang disertakan. Secara ringkasnya, ayat-ayat ini melarang umat Islam memakan atau mengambil harta sesama sendiri dengan cara yang salah atau batil, termasuklah menyuap hakim bagi mengambil harta orang lain secara berdosa, serta mengecualikan urusan perniagaan yang berasaskan suka sama suka

  • Bentuk Pengambilan Harta yang Dilarang
    Rasuah: Menyuap pihak berkuasa atau hakim untuk mendapatkan hak yang bukan milik kita.
     
    Mencuri, Merompak, Riba & Judi: Mengambil harta secara paksa/tersembunyi serta melipatgandakan harta atau bertaruh secara haram. 
     
    Penipuan: Mengurangkan timbangan, rasuah korporat, atau menipu dalam perniagaan
     
     
    Muflis Di Akhirat Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?" Para sahabat menjawab; "Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda." Baginda bersabda: “Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan ditompokkan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)” (Musnad Ahmad No: 8062) Status: Hasan Sahih 
     
    Pengajaran: 
    1. Orang yang muflis di akhirat bukan kerana tidak memiliki wang ringgit serta harta semasa di dunia. 
     
    2. Orang yang muflis di hari kiamat pada awalnya datang dengan pahala hasil amal ibadat semasa di dunia (pahala solat, puasa, zakat dan amal soleh yang lain) namun pahalanya habis kerana terpaksa membayar hutang pada orang lain. 
     
    3. Muflis kerana pahala yang ada terpaksa membuat bayaran hutang dosa yang dilakukan semasa di dunia antaranya dosa mencela, menghina, menuduh, menyebarkan berita palsu, mengumpat dan memfitnah orang lain sama ada melalui lisan mahupun tulisan sehingga habis segala pahalanya. 
     
    4. Muflis juga disebabkan pahala yang ada akhirnya habis kerana terpaksa membayar hutang yang belum dijelaskan semasa didunia seperti mengambil harta orang lain, mencederakan serta menumpahkan darah tanpa hak. 
     
    5. Muflis kerana pahala yang ada telah habis, sedangkan hutang dosa dengan orang lain masih ada. Akhirnya terpaksa menanggung dosa orang lain. Jangan biarkan kita menjadi MUFLIS di akhirat nanti.
     
     

No comments:

Post a Comment

Tergesa-gesa atau berlari walaupun iqamah telah dilaungkan.

Berlari-lari menuju tempat solat atau masjid adalah makruh. Rasulullah SAW melarang umatnya tergesa-gesa atau berlari walaupun iqamah telah ...